Kerjaya filem Tuti Indra Malaon

Malaon memulakan kerjaya lakonan menerusi filem 1971 arahan Teguh Karya Wadjah Seorang Laki-Laki (Wajah Seorang Lelaki).[1] Pada 1973 beliau dan anak ketiganya, Ridha, muncul dalam Kawin Lari (Kahwin Lari).[2] Ia diikuti oleh Perkawinan Semusim (Perkahwinan Semusim) tiga tahun kemudian. Pada 1979 beliau menghidap Hepatitis B. Pada 1982 beliau muncul dalam Neraca Kasih.[2]

Suami Malaon meninggal dunia akibat dilanggar oleh bas pada Oktober 1985; pada ketika itu suaminya ialah ketua hakim di mahkamah bandar Bogor.[3] Pada tahun berikutnya, Malaon muncul dalam filem arahan Karya, Ibunda (1986), sebagai seorang ibu. Untuk watak lakonannya ini, beliau memenangi Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 1986. Ini diikuti oleh Cintaku di Rumah Susun pada 1987.[2] Pada Oktober beliau telah dipilih sebagai ahli Perhimpunan Konsultatif Rakyat, mewakili artis dan tenaga kreatif.[4] Beliau hanya dimaklumkan mengenai pelantikannya dua minggu sebelum pelantikannya.[5]

Malaon menerima rawatan untuk pendarahan dalaman akibat masalah hati pada Januari 1989, yang mana beliau telah sembuh. Bagaimanapun, pada 15 September 1989 beliau dihantar ke Rumah Sakit Dr. Mintohardjo, akibat gejala sama, dan meninggal dunia lima hari kemudian. Semasa kematiannya, beliau bekerja untuk Matra dan menguruskan Piranti Esa Nusa, sebuah firma perhubungan awam, tidak jauh dari kediamannya.[1][2] Beliau disemadikan di Perkuburan Karet Bivak, bersebelahan pusara suaminya.[2]

Filem terakhir Maloan, Pacar Ketinggalan Kereta, yang memulakan penerbitan pada 1988, dikeluarkan pada Oktober.[6][7] Untuk hasil kerjanya, beliau menerima Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik secara anumerta.[1] Jawatannya di Perhimpunan Konservatif Rakyat telah digantikan oleh Rae Sita Supit pada Ogos 1991.[8] Di Festival Filem Indonesia 2010 beliau menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat bagi lakonannya.[9]

Rujukan

WikiPedia: Tuti Indra Malaon http://www.imdb.com/name/nm0538937/ http://www.tabloidbintang.com/extra/nostalgia/7275... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1985/1... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1987/1... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1987/1... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1989/0... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1989/1... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1991/0... http://www.jakarta.go.id/jakv1/encyclopedia/detail... https://archive.org/details/indonesiancinema0000he...